I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Liverpool Mara Ke Pusingan Ketiga...

LIVERPOOL melangkah bergaya ke pusingan ketiga Piala Liga selepas mudah menewaskan kelab liga bawahan, Exeter City 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi.

Turut mara, dua lagi pasukan Liga Perdana England, Everton, Blackburn dan Bolton yang masing-masing berjaya menundukkan Sheffield United 3-1, Sheffield Wednesday 3-1 dan Macclesfield Town 2-1.

Skuad Liverpool kendalian Kenny Dalglish terpaksa beraksi di pusingan kedua buat kali pertama sejak 1999 selepas mereka gagal berada di kelompok pasukan yang layak ke saingan Eropah berdasarkan prestasi musim lalu.

Namun juara tujuh kali Piala Liga itu berjaya mengelak daripada dimalukan Exeter pada aksi di St James’ Park selepas tiga gol Luiz Suarez, Maxi Rodriguez dan Andy Carroll menghadiahkan kemenangan ke-200 buat Dalglish sebagai pengurus Liverpool.

Gol saguhati Exeter dijaringkan Daniel Nardiello menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

“Kami menang kerana kami mempersiapkan diri dengan baik bagi menghadapi perlawanan ini. Apa yang menggembirakan saya ialah sikap para pemain,” kata Dalglish.

Pengendali itu turut mengesahkan bahawa penyerangnya Raul Meireles terpaksa diketepikan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan tulang rusuk pada perlawanan tersebut.

“Saya tak pasti sejauh mana tahap keseriusan kecederaannya itu. Tapi ia pasti akan memakan masa beberapa minggu untuk pulih,” jelasnya. – mynewshub.my

sumber: mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan