I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 19 Mac 2013

Kenangan Manis Di SK KORIS 2012...

Assalamualaikum..
Lama tak menulis kat blog.. pepatah ada mengatakan bhwa, kalau kita lama tak menulis maka org pun mudah lupa kat kita.. hahaha.. jdik aku nk meluangkan masa sbrpa yg bernilai ni utk menulis dn update blog.. Umum sudah mengetahui bhwa aku telah dipindahkan tempat bertugas dr SK Koris ke SK Senggarang.. walaupun perpindahan yg tdk aku minta dn mohon namun alhamdulillah aku senang di tempat baru.. terima kasih kpd rakan2 sepenjawat di SK Senggarang krn menerima kehadiran aku dgn tidak memilih bulu.. Januari 2013 menjadi saksi bhwa aku sah menjadi hak milik SK Senggarang..

Insyaallah berkat doa emk dn bpk, rakan2, ank2 murid dn ibu bapa murid semua, aku dpt menjalani kehidupan yg mencabar dgn tenang dn sabar spnjg 2012.. segala fitnah dn menjadi bahan cerita, aku jadikan sebagai dugaan yg sangat bernilai krn dgn dugaan yg sehebat ini aku dpt mengenali erti persahabatan yg sebenar dn karenah manusia yg bole melakukan apa saja demi kepentingan hidup di dunia.. aku juga baru fhm bhw manusia mmg majmuk dn pelbagai hehehe..

Berikut adalah bbrpa kenangan manis yg aku dpt di SK Koris sepanjang menjadi su sukan 2012..

sbgi setiausaha sukan SK Koris 2012, ckgu berterima kasih kpd para atlet SK Koris 2012 yg telah berjaya menyumbang tenaga dn kudrat utk meraih bbrpa kemenangan.. 

terima kasih atlet badminton SK Koris 2012.. faez berjaya mewakili zon ke peringkat daerah..

SK Koris telah mencipta rekod tersendiri krn buat pertama kali dlm sejarah menghantar atlet ke pertandingan bola tampar.. terima kasih kpd atlet bola tampar lelaki SK Koris 2012.. tempat ke-3 zon dn 3 atlet berjaya terpilih ke peringkat daerah..

terima kasih atlet Bola Tampar lelaki peringkat daerah.. berjaya meraih Naib Johan MSSD.. terima kasih kpd faez, mal dn khai krn mengharumkan nama SK Koris ke peringkat MSSD..

terima kasih kpd ridhwan tukiran krn berjaya mewakili zon ke peringkat daerah utk catur..

rekod SK Koris tercipta buat pertama kali menghantar atlet boling..
tahniah kpd amir akmal krn telah mencetus fenomena baru dlm arena boling.. amir akmal telah mengharumkan nama SK Koris dgn berjaya mendapat anugerah jatuhan pin terbanyak, johan boling individu MSSD 2012 dn mmbawa pulang hadiah johan keseluruhan.. rekod telah tercipta utk SK Koris.. syabasss ! diucapkan.. amir akmal juga telah terpilih dn layak ke MSSJ dgn mendapat naib johan individu MSSJ 2012.. tahniah dn syabas..

sesi latihan bola sepak SK Koris.. terima kasih atlet bola sepak SK Koris dn coach.. yg baju Malaysia tuu adik ipor aku.. biasala semua kerabat sedara mara akn terlibat sama.. hehehe..

terima kasih kpd atlet bola sepak SK Koris krn berjaya mengharumkan nama sekolah dgn mendapat Naib Johan Zon Senggarang 2012..

team A dn B bola sepak SK Koris 2012.. terima kasih..

terima kasih atlet olahraga dn padang SK Koris 2012 krn telah berjaya mmbwa pulang 2 pingat perak dn 3 pingat gangsa.. seorang atlet terpiilih ke peringkat MSSD..

terima kasih atlet bola baling lelaki SK Koris 2012.. berjaya meraih tmpt keempat zon dn seorang berjaya mewakili zon ke peringkat daerah dn negeri..

terima kasih atlet bola baling perempuan SK Koris 2012.. berjaya meraih Naib Johan Zon Senggarang.. 2 atlet berjaya mewakili zon ke MSSD..

rekod baru tercipta dgn SK Koris berjaya menjadi JOHAN KESELURUHAN buat pertama kali pertandingan bola baling MSSC Senggarang 2012.. gigit jari ckgu sabri hehehe.. 

team bola baling perempuan MSSD 2012 Batu Pahat.. anissa dn amiliah natashah telah mengharumkan nama SK Koris di peringkat MSSD dgn berjaya meraih tmpt keempat..

team bola baling lelaki zon senggarang.. Johan MSSD 2012.. terima kasih kpd faez krn berjaya mengharumkan nama SK Koris.. faez juga terpilih dn layak ke peringkat MSSJ 2012..

JOHAN KESELURUHAN Bola Baling L12 MSSD 2012 milik kami Zon Senggarang.. 

team bola baling lelaki Daerah Batu Pahat.. JOHAN MSSJ (L12) 2012.. terima kasih kpd faez krn berjaya membawa nama SK Koris sampai ke tahap johan mssj dgn menjadi pemain utama.. rekod SK Koris telah tercipta..

rekod telah tercipta buat pertama kali krn coach dn atlet bola baling SK Koris berjaya masuk di halaman Surat Khabar Harian Metro.. glamer arr sekejap hehehe..


sekian, wassalam..


1 ulasan: