I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label jom sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jom sihat. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

Keajaiban Jantung...

JANTUNG adalah organ terpenting di dalam tubuh manusia. Ia mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke semua sel dalam badan. Denyutan pertama jantung bermula seawal empat minggu dalam kandungan dan hanya berhenti apabila manusia mati.


Bermula daripada satu sel yang membiak selepas persenyawaan, sebuah organ jantung adalah satu rangkaian otot khas (myocardium) yang disaluti lapisan tisu dinamakan pericardium. Di dalam jantung mengandungi empat kaviti (chamber) yang dipisahkan oleh injap supaya darah mengalir searah saja.

Secara purata, jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit, menjadikan lebih 100,000 kali sehari dan 36 juta kali setahun. Jika seseorang itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali.

Jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit. Dalam sehari, ini membabitkan perjalanan 7,570 liter darah sejauh 96,560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.

Kerja ini disempurnakan dengan baik oleh satu organ yang hanya sebesar satu genggam tangan dan berat 0.3 kilogram (kg). Allah menciptakan satu organ yang relatifnya kecil tetapi fungsinya meliputi seluruh badan manusia dan tanpanya manusia tidak boleh hidup.

Semua sel memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup, termasuk otot jantung. Maka, arteri koronari membekalkan darah kepada otot jantung supaya ia dapat meneruskan kerja mengepam darah ke seluruh badan.

Jika satu struktur di dalam jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, ia menyebabkan satu penyakit yang mempunyai simptom tertentu. Jadi secara amnya, penyakit jantung boleh berpunca daripada masalah:


•Otot (myocardium) seperti jantung bengkak atau tebal

•Lapisan jantung (pericardium) seperti perikarditis

•Injap jantung seperti injap sempit atau bocor

•Salur darah koronari – pembentukan plak aterosklerosis yang boleh menyebabkan serangan jantung

•Struktur lain di dalam jantung – seperti jantung berlubang

•Elektrikal yang membabitkan denyutan jantung


Penyakit salur darah koronari dibincangkan dalam artikel sebelum ini, jadi saya akan cuba mengupas penyakit lain. Ilmu perubatan dinamakan ilmu perubatan moden sekarang ini berpandukan kepada kajian teliti yang dijalankan ke atas organ jantung seperti mana ia dicipta Allah.

Ilmu ini sebenarnya diasaskan oleh pakar perubatan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu. Malangnya selepas kejatuhan zaman itu, segala tamadun dan ilmu ini diceduk oleh sarjana Eropah.

Ini yang menyebabkan kekeliruan pada masyarakat sekarang ini iaitu ilmu perubatan moden dianggap berasal dari Barat dan tidak Islamik.

Banyak perubatan alternatif mengambil peluang daripada kekeliruan ini untuk menjaja sebagai perubatan Islam, sedangkan mereka bukan ahli di dalam ilmu perubatan.

Hakikatnya, ilmu perubatan moden ini ialah ilmu perubatan berasas kepada Islam yang mengkaji tubuh badan manusia seperti yang diciptakan Allah. Ilmu yang boleh membawa pengkajinya lebih dekat dengan Allah kerana menyedari betapa hebat dan sempurna ciptaan-Nya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/

Ahad, 7 Ogos 2011

ingin kembali ke size L...

Assalamualaikum...
di bulan Ramadhan yg mulia ini aku mengambil kesempatan utk kembali ke size L.. selain drpd puasa dn solat yg sememangnye menjadi senaman semulajadi, aktiviti senaman yg len jugk boleh dilakukan bg mempercepatkn proses penurunan berat badan.. aku bukan katagori obes.. cuma katagori berat badan terlebey sudaa...

untuk itu usaha yg aku lakukan ialah dgn berjalan kaki.. bukan berjalan di ats jln raye, tp di ats mesen sudah ler.. oleh kerana mesen berjalan kaki ni dh lama tak digunkn dn dh bersawang pon.. aku cuba menyemai semangat utk menggunaknnye kembali...

alhamdulillah arini berbekalkn tekad nan waja, aku berjaya menggunakannye.. bukan sng nk mulakan.. ari2 asik pandg je mesen ni tp tak gunakn pon.. arini mesen kembali berfungsi.. utk permulaan aku hanye mengambil masa 20minit berjalan kaki dn berlari ank.. adakah misi aku ini berjaya??? tungguuuu dn lihat hahaha...


berikut adlh alat2 yg aku gunakn bg mmbantu proses penurunan berat bdn.. doakn semoga misi aku berjaya...


catatan yg menunjukkan 20 minit aku berjaya berjalan di ats mesen ni... esk aku cuba tingkatkn lg.. utk permulaan tak bole lama2...


sit up bench...


dumbbell...

semua peralatan ni kena gunakn dgn cara yg betul.. kalo tak mau saket2 bdn...

sekian, wassalam...