I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label belasungkawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belasungkawa. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2011

Allahyarham Adik Muhammad Faisal: Al-Fatihah...

Kanak-kanak 6 tahun lemas di taman tema


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini, semalam (Selasa 22 November 2011).

Muhammad Faisal Mohd Yazid ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat dalam sebuah kolam renang taman tema air itu pada pukul 2.30 petang.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Yazid Bohari, 36, berkata beliau meninggalkan anaknya bermain di tempat permainan kanak-kanak sementara beliau mendapatkan perkhidmatan sewa pelampung di kawasan berhampiran.

"Apabila saya kembali ke tempat itu, anak saya tiada di situ. Saya dan keluarga kemudian mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan petugas di taman tema itu untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Beliau berkata anaknya dibawa ke bilik kecemasan di taman tema itu untuk diberikan rawatan pernafasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang, katanya.

sumber berita: KOSMO smlm...
__________________________________

hr ni Khamis 24 November 2011 aku dn family pergi ke bandar BP utk ke bank.. setelah selesai berurusan di bank aku berjalan dn singgah di sebuah kedai menjual surat kabo.. bila mmbuka helaian surat kabo METRO ternampak gmbo Mahyunah (emk allahyarham).. dr ctu br aku dpt tau berita tntg anaknye meninggal dunia.. Mahyunah adalah rakan sekelas aku sewaktu menuntut di sekolah rendah dahulu.. Takziah buat Mahyunah dn keluarga...

Marilah kita sama2 sedekahkn Al-Fatihah kpd allahyarham adik Muhammad Faisal Bin Mohd Yazid..
Al-Fatihah...


Amin Yarobbal'alamin...

Selasa, 20 September 2011

catatan 3hr: pergi tak kembali...

Assalamualaikum...
lama rasanye aku tak menulis kat blog.. fb pon lama dh aku tak update.. ape khabar semua??? hrp sihat sejahtera...

sementara menunggu masa utk tdo, sempat skjp rasanye aku update blog nih.. sedikit imbasan catatan perjalanan hidop aku pd hr sabtu - ahad yg lepas 17 - 19 September 2011:

Sabtu 17 September 2011
pagi - aku bngun mcm biasa.. bnyk jemputan kahwin.. sebelom bergerak ke rumah besan bpk aku yg mengadakan majlis perkahwinan ank bongsunye sempat jugk aku bertandang ke rumah linda jalal utk dtg ke majlis rumah terbukanye.. alhamdulillah bnyk mknn yg sedia terhidang.. aku dilayan spt putera raja.. hehehe.. terima kasih linda jalal n family.. takde pon pic aku ekekekeke...

tgh hr - lebey kurang jam 12tgh hr aku bergerak ke rumah besan bpk aku yg berada di pt ju.. sungguh meriah majlis perkahwinan yg berlangsung.. ape yg aku tertarik adlh kumpulan kompang warisan pt ju.. penoh ngan ciri2 kekampungan dn kemelayuan yg begitu menebal.. berbaju melayu serta bersamping adlh trademark yg cuba dibawa oleh kumpulan kompang ini.. bangga melihat ank2 muda remaja masa kini yg berjaya memartabatkan kompang sbgi salah satu aktiviti mengisi masa lapang...

petang - dr pt ju aku n family bergerak balik ke rumah.. dlm perjalann balik telefon mak aku telah berdering.. owh!! panggilan dr mak cik aku.. mak cik aku telah mmberitahu bhw yaie aku sesak nafas.. bila mendengar berita tersebut aku pon ape lg terus menambahkn kelajuan utk segera smpi  ke rumah.. tiba di rumah mak aku terus bersiap dn mengemas segala keperluan yg patot dibawa utk menjaga yaie aku sekiranye dimasukkan ke dlm wad..

aku mula memandu utk berkejar ke hospital.. telefon mak aku kembali berdering.. mak cik aku mengatakan bhw yaie aku dh lemah.. mak aku dh mula menangis.. dlm lebih kurang jam 6.15ptg mak cik aku menelefon semula dn mengatakan bhw yaie aku telah meninggal dunia.. innalillahiwainnailaihirojiun...

Ahad 18 September 2011
pd jam 10.30pagi allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam yg berdekatan.. semoga rohnya di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.. insyaAllah... marilah sama2 kita sedekahkn Al-Fatihah khas buat allahyarham yaie aku.. Al-Fatihah...

amin yarobbal 'alamin...


Isnin 19 September 2011
aku cuti hr ni.. sbb sekolah mengambil cuti berganti sempena larian 1murid 1sukan.. pg aku mengambil alih tugas mak iaitu menghantar Danish ke sekolah.. balik ke rumah dn terus ke pt ju utk menghantar adik ipar utk mengambil keretanye.. blik umh terus keluar lg ke pusat servis keta.. utk mkn tgh hr sempat ke gerai md shah mmbeli 3bungkus nasik baryani bawa balik ke rumah.. mlm selepas solat maghrib ke rumah allahyarham yaie aku utk majlis tahlil...

perbendaharaan kata :
yaie / embah lanang = atok lelaki
*bhs jawa...


sekian, wassalam...

Selasa, 6 September 2011

Allahyarham Noramfaizul disambut sebagai wira negara...

Assalamualaikum...
berikut adalah jln cerita yg dikisahkan oleh salah seorg rakan allahyarham yg sama2 terlibat dlm misi bantuan kemanusiaan di Somalia...

“PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya.

Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Suasana dalam pesawat pengangkut TUDM itu tidak semeriah dan seceria ketika ia terbang bersama 50 sukarelawan dan petugas media ketika membawa bantuan makanan dan perubatan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.

Saya tidak menaiki pesawat berkenaan ketika itu kerana bertolak lebih awal dengan pesawat komersial, namun diberitahu rakan setugas lain suasana ketika itu berbeza dengan keadaan dalam pesawat ketika membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul pulang ke tanah air, semalam.

Sebahagian daripada orang ramai membantu mengusung keranda jenazah Noramfaizul (gambar kecil) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang semalam.

Arwah sering mengikuti pelbagai misi bantuan di luar negara termasuk di Pakistan, New Zealand, Palestin dan beberapa negara lagi terutama misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Sepanjang perjalanan yang terpaksa transit di dua negara iaitu di Seychelles dan Maldives untuk mengisi bahan bakar, semua 54 anggota misi berdiam diri kerana bersedih dengan pemergian arwah yang juga ketua media untuk misi terakhirnya itu.

Penerbangan pulang terasa terlalu lama dan saya berterusan dihantui kebimbangan biar pun kami bakal menjejakkan kaki di tanah air sebelum tengah hari semalam.

Keranda yang memuatkan jenazah arwah ditempatkan di bahagian belakang pesawat dan saya duduk di bangku hanya beberapa meter daripadanya, sekali-sekala sempat menoleh ke arah keranda berbalut Jalur Gemilang itu dan pada masa sama melihat beberapa rakan membaca surah Yasin. Sebelum itu, kumpulan kami keluar dari hotel penginapan di Mogadishu seawal jam 7 pagi kelmarin dengan diiringi ratusan anggota pasukan keselamatan kerajaan Somalia bagi menjamin kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Aden Abdulle, untuk menaiki Hercules C-130 yang sedia menunggu.

Tepat jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia), saya bersama petugas media dan anggota misi kemanusiaan lain berlepas ke Seychelles dan sepanjang tiga jam penerbangan, kelihatan semua yang berada dalam pesawat berdiam diri serta masih berada dalam keadaan terkejut, takut serta bersedih dengan pemergian arwah Noramfaizul.

Mengenangkan arwah sentiasa riang sepanjang lima hari membuat liputan di negara bergolak yang dilanda masalah kebuluran sejak tiba di Mogadishu 29 Ogos lalu, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, namun menganggap ia ketentuan Ilahi dan berdoa supaya roh arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah serta menganggap arwah wira kami di Mogadishu. Sebaik selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 10 pagi semalam, keadaan menjadi semakin pilu apabila keluarga arwah termasuk dua anak kecilnya memasuki pesawat bagi melihat jenazahnya.

Lebih mengharukan kepulangan Allahyarham dan anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia disambut ribuan rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jenazah arwah kemudian diuruskan di surau pangkalan udara berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Saya bersama beberapa anggota misi lain menziarahi rumah arwah sebelum mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan dan berada di sana sehingga selepas upacara pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan.

PILU...isteri arwah, Norazrina Jaafar bersama anaknya, Mohd Irfan dan Mohd Naufal.

Kenangan singkat saya dengan arwah selama beberapa hari di Mogadishu akan diingati selama-lamanya kerana misi ini yang paling bahaya serta mencabar sehingga mengakibatkan beliau gugur ketika bertugas. Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Jumaat lalu (jam 10.40 malam waktu Malaysia) ketika arwah bersama sembilan lagi wakil media yang membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia yang kebuluran dalam perjalanan pulang ke hotel penginapannya di KM 4, bandar Mogadishu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda selain sebuah kenderaan pasukan keselamatan.

Kenderaan dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel berkenaan. Tembakan berkenaan turut mengenai seorang lagi jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, menyebabkan dia cedera di lengan kanan.

Kami yang mengikuti misi ini sentiasa akan mengingati Allahyarham Noramfaizul sebagai rakan setugas dan sahabat yang banyak membantu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman, amin.”

sumber berita: harian METRO...

marilah kita sama2 sedekahkn Al-Fatihah khas utk allahyarham.. AL-FATIHAH...

sekian, wassalam...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Allahyarham Misnan Bin Ithnin...

Assalamualaikum...
18hr berpuasa.. sdg aku selesai mmbeli raket di kedai badminton, aku dikejutkan dgn panggilan telefon dr mak aku yg menyatakan abg sepupu meninggal dunia.. innalillahiwainnailaihirojiun...

aku ngan danish bergegas balik.. sempat singgah kedai Cla Unique Collection utk amik mak aku skali bwk balik.. slpas solat terawih jenazah diuruskan dgn sempurna.. dimandikan, dikafankn, disembahyangkn dn dikebumikn.. lebih kurg jam 11.30mlm, alhamdulillah selesai...

utk itu marilah kita sama2 sedekahkn al-fatihah utk allahyarham misnan bin ithnin semoga rohnya di tempatkn dikalangan org2 yg beriman.. insyaallah amin...
al-fatihah...



sekian, wassalam...

Isnin, 1 Ogos 2011

suasana suram di gelang patah...

Assalamualaikum...
lama jugak aku tak menulis blog rasanye lebey kurg 2hr.. aku bz tu yg tak sempat nk bkk blog...

arini berpuasa utk hr yg pertama.. seronok tgok ank sedara yg br cuba2 utk berpuasa.. cuaca alhamdulillah elok arini..

lebey kurg jam 9pg aku menerima panggilan dr abg aku yg menyatakn bahawa ayah kpd kakak angkat kami telah kembali kerahmatullah semalam.. innalillahiwainnailaihirojiun...

smlm juga telah dilaksanakan segala kewajipan terhadap allahyarham.. semoga rohnya ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.. insyaallah...

jadi hr ni aku ngan family satu hari berada di gelang patah.. marilah kita sama2 sedekahkn al-fatihah kpd allahyarham.. al-fatihah...

Selasa, 28 Jun 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum...
marilah kita sama2 sedekahkn al-fatihah khas buat allahyarham tn hj samsi bin abdullah yg pulang kerahmatullah pd ptg td.. smga allahyarham ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.. insyaallah amin...
al-fatihah...


amin ya robbal'alamin...