I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Program Merentas Desa SK Koris 2012...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur.. selesai sudaa aktiviti merentas desa sk koris pd hr ni.. pengalaman yg berharga utk guru dn murid2 sk koris.. syokkk meronda kat kg org.. kalo sblom ni aku menaiki motosikal tp kali ni lebih special krn aku menunggang basikal (terima kasih ibu ita bg pinjam basikal)...

terima kasih kpd penduduk kg koris, kg nelayan dn kg pt balak krn mmberi lambaian kpd para atlet dn guru2 sk koris...

terima kasih jugk kpd semua atlet sk koris yg terlibat.. juga guru2 serta staf2 sk koris krn mmberi kerjasama yg sangat padu...

berikut adalah antara pic yg sempat aku amik bersama bakat br iaitu Fitriyah M. Amin...

dgo sini sume ckgu nk sound nih!!..

sesi taklimat sebelom program bermula..

antara murid perempuan yg terlibat.. Ellya Rosman juara katagori atlet pempuan...

ade bibik nk tumpang balik indon.. hahaha..
hapy besday kak muna 12Mei...

kg parit balak..

perghhh mmg penat merentas desa hehehe...

masa yg dtunggu2 apelg mkn arr.. haha...

alhamdulillah.. licin beb...

ucpn penutup oleh Tn GB...

tepukan gemuruh kpd para pemenang ketika penyampaian hadiah berlangsung...

alhamdulillah 6 Jaya menguasai bg katagori lelaki...
tahniah!!!..
johan:faezuan 6Jaya, n.johan:asyraf 5Jaya dn tmpt ketiga:haikal 6Jaya...

masa utk karaoke.. berebut mic ngan ank murid... 

jumpa lg utk program merentas desa pd thn hadapan..
insyaallah...


sekian, wassalam...

Rabu, 25 April 2012

Bola Baling L12 Batu Pahat JOHAN MSSJ 2012...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah selesai sudaa pertandingan bola baling Peringkat Negeri Johor MSSJ yg berlangsung di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Kota Tinggi.. pertandingan bermula dr 20 hingga 22 April 2012 (Jumaat hingga Ahad) yg lepas..

Tahniah diucapkan kpd team aku iaitu team bola baling Lelaki 12 krn berjaya mendapat JOHAN mengalahkan Daerah Pasir Gudang dgn kiraan mata 7-0...

sebelom ke pentas final, Daerah Batu Pahat diuji dgn begitu hebat di peringkat separuh akhir dgn bertemu pasukan dr Daerah Johor Bahru.. alhamdulillah Batu Pahat mng dgn 11-10.. separuh akhir yg cukop mendebarkan.. nk buang hajat pon terpaksa aku tahankan hahahaha...

berikut antara gambo2 sepanjang pertandingan berlangsung...

tahniah team bola baling L12...

cm biasa sebelom perlawanan...

kawad cam.. final batu pahat vs pasir gudang...

gelanggang perlawanan.. 
bertempat di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Kota Tinggi...

barisan jurulatih muda.. hehe.. aku n daus...

kemenangan milik kami..
JOHAN bola baling MSSJ L12...

selepas perlawanan...

box yg sentiasa menemani ank buah aku...

team L12 JOHAN...

team P12 KETIGA...

team L18 CUBA LG...

team P18 KETIGA...

bas yg mmbawa kami ke setiap destinasi...

Kontijen Bola Baling Daerah Batu Pahat...


sekian, wassalam...


Selasa, 21 Februari 2012

Aktiviti Januari 2012...

Assalamualaikum...
ape kabo semua??? alhamdulillah.. lama tul aku tak menulis kat blog ni.. thn 2012 yg sangat sibuk.. guru thn 6, guru kelas, setiausaha sukan, guru pengawas dan ketua panitia sains adalah antara jawatan yg aku sandang thn ni.. nmpk mcm gila jawatan.. hahahaha.. dh diberi kepercayaan aku cuba melaksanakan dgn sebaiknye.. insyaallah...

mcm2 perkara yg berlaku sepanjang bulan januari.. kerana terlampau sibuk melatih atlet2 sk koris dlm pelbagai bidang sukan menyebabkan aku tak sempat nak menulis blog.. latihan badminton, latihan bola tampo adalah antara aktiviti yg dilaksanakan sepanjang bulan januari..

kat bawah ni jadual aktiviti aku bulan Januari.. 

Bil
Tarikh/Hari
Perkara
Masa
Tempat

01
07 Januari 2012
(Sabtu)
Latihan Badminton  Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku
9.30-11.30 a.m
(2 Jam)
Dewan Badminton Game Point, Banang, Batu Pahat
02
08 Januari 2012
(Ahad)
Latihan Badminton Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku
9.30 a.m -12.30 p.m
(3 Jam)
Dewan Badminton Game Point, Banang, Batu Pahat
03
09 Januari 2012
(Isnin)
Mesyuarat Pertandingan Badminton Peringkat Zon Senggarang
2.30 – 5.00 p.m
(2 Jam Setengah)
SK Merlong, Batu Pahat
04
14 Januari 2012
(Sabtu)
Kursus Pembugaran Minda Guru Sains Tahun Enam 2012
8.00 a.m – 1.00 p.m
(5 Jam)
Dewan Aura, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
05
14 Januari 2012
(Sabtu)
Latihan Badminton Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku dan adik ipor
4.00 – 6.00 p.m
(2 Jam)
Dewan Badminton Young Young, Peserai, Batu Pahat
06
15 Januari 2012
(Ahad)
Latihan Badminton Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku dan adik ipor
10.00 a.m – 12.00 .m
(2 Jam)
Dewan Badminton Young Young, Peserai, Batu Pahat
07
17 Januari 2012
(Selasa)
Latihan Badminton Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku dan adik ipor
8.00 – 10.00 p.m
(2 Jam)
Dewan Badminton Seri Dalam, Batu Pahat
08
18-19 Januari 2012
(Rabu-Khamis)
Pertandingan Badminton Peringkat Zon Senggarang 2012
8.00 a.m – 5.30 p.m
(9 Jam Setengah)
Dewan SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat
09
25 Januari 2012
(Rabu)
Cuti raya cina
Gotong-Royong Mengemas dan Mengecat Kelas 6Jaya dan 6Usaha (merangkap dewan peksa UPSR 2012)
Pembantu: adik ipor dan murid lelaki kelas 6Jaya
8.00 a.m – 6.00 p.m
(10 Jam)
Kelas 6Jaya dan 6Usaha, SK Koris, Batu Pahat
10
26 Januari 2012
(Khamis)
Cuti raya cina
Latihan Badminton Peringkat Daerah
Alhamdulillah seorang ank murid aku terpilih ke daerah
8.00 – 11.00 a.m
(3 Jam)
Dewan SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat
11
27 Januari 2012
(Jumaat)
Cuti raya cina
Latihan Bola Tampar Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku, kharol dn ustaz halimi
8.00 – 11.00 a.m
(3 Jam)
Padang SK Koris, Batu Pahat
12
28 Januari 2012
(Sabtu)
Latihan Bola Tampar Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku
8.00 – 11.00 a.m
(3 Jam)
Padang SK Koris, Batu Pahat
13
29 Januari 2012
(Ahad)
Latihan Bola Tampar Khas Buat Atlet Koris
Jurulatih: aku
8.00 – 12.00 p.m
(4 Jam)
Padang SK Koris, Batu Pahat
14
31 Januari 2012
(Selasa)
Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Senggarang 2012 Koris menang tempat ke-3
8.00 – 4.00 p.m
(8 Jam)
SK Seri Molek, Batu Pahat













































Alhamdulillah.. untuk pertandingan badminton seorang ank murid terpilih mewakili zon senggarang ke peringkat daerah batu pahat.. bagi pertandingan bola tampar peringkat zon, SK Koris berjaya menang tempat ketiga dgn mengalahkan pasukan sk senggarang.. 3org atlet sk koris berjaya terpilih mewakili zon senggarang ke peringkat daerah batu pahat.. MSSD zon senggarang berjaya mendapat naib johan...

berikut adaah antara gmbo yg sempat aku amik..

atlet badminton sk koris..
 latihan di dewan badminton young young peserai, batu pahat...

 latihan di dewan badminton game point, banang, batu pahat
aksi mal dan khairuddin..

latihan di dewan badminton seri dalam, batu pahat
koris A vs koris B..

 atlet bola tampar perempuan sk koris...

atlet bola tampar lelaki sk koris...

skuad bola tampar lelaki menang tempat ke tiga MSSC Senggarang...
3org terpilih mewakili zon ke peringkat daerah..
din, mal dn faez...

skuad bola tampar lelaki zon senggarang ke peringkat daerah.. alhamdulillah Naib Johan...


sekian, wassalam...


Selasa, 22 November 2011

Tahniah Malaysia: KOSMO...


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

 Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Tahniah Malaysia: METRO...

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Tahniah Malaysia: UTUSAN MALAYSIA...

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi. Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan. Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.

Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita. Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.

Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.

Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

 Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama

Malaysia EMAS Bola Sepak sukan SEA 2011...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur.. Keputusan Malaysia vs Indonesia final sukan SEA 2011 menyaksikan Malaysia menang 4-3 ke atas Indonesia menerusi sepakan penalti setelah perlawanan tamat 120 minit dengan seri 1-1 sekaligos menang pingat emas Bola Sepak sukan SEA 2011...


Perlawanan Malaysia vs Indonesia berlangsung sengit sepanjang separuh masa pertama namun Indonesia mendahului dgn gol Gunawan pd minit ke 5 yang menanduk masuk ke gawang gol Malaysia hasil sepakan penjuru...

Indonesia yg ghairah memburu gol ke dua terus melancarkan serangan bertali arus namun pemain Harimau Muda kembali mendapat rentak lalu melakukan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol Indonesia..

Hasilnye Malaysia mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Asraruddin Putra pd minit ke 33 hasil hantaran Baddrol Bakhtiar..


Secara keseluruhan permainan seimbang dari ke dua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama. tamat separuh masa pertama Malaysia seri 1-1 dgn Indonesia...

Sementara menunggu separuh masa ke dua bermula, aku ngan family sempat mkn mlm bersama.. haha.. mlm ni adik aku masak mee hailam special.. perghhh mmg sedap.. alhamdulillah kenyang.. dpt arr jugk mententeramkan sket denyutan jantung kami sekeluarga sebelom separuh masa ke dua bermula...

mee hailam special...

Separuh masa ke dua berlangsung dgn sengit apabila ke dua2 pasukan saling melakukan serangan balas dgn pantas.. Malaysia dpt bnyk peluang menjaringkan gol menerusi Ahmad Fakri Shaarani namun beliau gagal memanfaatkan peluang yg ade.. Pemain Harimau Muda kelihatan kepenatan dlm separuh masa ke dua...

Perlawanan disambung dlm masa tambahan setelah kedudukan terikat Malaysia 1 Indonesia 1 dlm 90 minit permainan.. masa tambahan menyaksikan indonesia mendominasi permainan dgn cubaan bertali arus ke gawang Malaysia namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.. Malaysia pulak bnyk bertahan di masa tambahan ni.. Tamat 120 minit perlawanan maka perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti...


Dalam penentuan sepakan penalti Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Fandi Othman dn Baddrol Bakhtiar.. fakri Shaarani gagal menjaringkan gol.. Namun kredit utk Khairul Fahmi Che Mat yg menyelamatkan dua sepakan penalti indonesia.. Akhirnye Malaysia menang sepakan penalti 4-3 ke ats Indonesia...

dengan keputusan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA yg dimenanginye di Laos pd thn 2009.. Tahniah Harimau Muda.. skuad Harimau Muda akan pulang ke Malaysia sejurus perlawanan ini dgn menaiki Air Asia utk mmbuat persiapan menentang Syria dlm perlawanan kelayakan sukan Olimpik 2012...

'majulah sukan utk negara'


sekian, wassalam...