I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

Kumpulan Sepah Akhirnya Berpecah!...

KUALA LUMPUR – Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.

Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.

“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.

Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.

“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.

Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.

Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.

Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

sumber: http://mynewshub.my/

Ahad, 26 Jun 2011

SEPAH lagi...

Assalamualaikum...
cerita pasal sepah yg br jadik juara maharaja lawak 2011.. tahniah aku ucpkn kpd warga johor yg mmpunyai bakat sehebat sepah...

selain drp rezeki, usaha sepah utk muncul juara juga tidak boleh dipertikai.. ramalan yg aku buat benar belaka hahaha...

setiap mgu persembahan sepah tidak mengecewakan.. ini adalah liga di antara juara2.. bg aku sepah mmg menonjol setiap mgu.. dgn lawak yg berteraskan jiwa kemelayuan menyebabkan aku pilih sepah sbgi juara yg tiada tolok bandingnya.. sukar utk kita jumpa pd masa kini org muda yg mmpunyai jiwa kemelayuan yg menebal...

telo pindang, aktiviti rewang, bomoh, penagih dadah, perompak, konflik rumahtangga, adat meminang, berkhatan sume itu adalah bahan yg telah diadun oleh sepah utk dijadikan resepi lawak yg mmpunyai msg nye yg tersendiri...

ternyata gabungan tiga org ank muda yg berasal dr kulai johor ini tdk sia2.. yelaa drpd merempit, kn lebey baek tunjuk dn kongsi bakat yg telah dianugerahkan oleh Tuhan kpd masyarakat.. lawak yg bersahaja dan keyakinan diri serta keserasian yg dipamerkan sememangnye layak sepah dinobatkan sbgi juara maharaja lawak 2011...

tahniah sekali lg aku ucpkn kpd sepah...

Jumaat, 24 Jun 2011

aku pilih SEPAH ML 2011...

Assalamualaikum...
sory arr sume.. aku pilih sepah utk maharaja lawak 2011.. hrp mereka mng.. tp kalo tak mng pon, sekurang2nye bakat seni yg dimiliki dh dpt dikongsi dn mmberi satu impak yg positif kpd dunia jenaka masa kini...

asik badul, senario.. sepah adlh generasi br yg memiliki daya kreativiti lawak yg mudh difaham dn smpi trus ke jiwa masyarakat melayu khususnye..

walaupon aku tak mengundi sepah tp aku ttp mmberi sokongan yg padu.. yelaaa drpd aku mengundi sepah lebey baek aku kumpul duit tu wt hantaran kawen.. pe arr korg nih... :))ngeee... (tersengih sengal)..

300ribu tuu beb.. sape yg taknk.. p/s kpd linda jalal, kalo sepah mng jgn lupa belanja aku.. dpt GCB pon dh ok hahahaha...

ramalan aku: no1 sepah, no2 jozan, no3 nabil dn no4 jambu...

ok kita sama2 tgu dn lihat sape yg kenaaa...