I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 14 Ogos 2011

air katira...

Assalamualaikum...
14hr berpuasa.. alhamdulillah... utk berbuka puasa pd hr ni aku memilih air katira sebagai penghilang dahaga.. air ni special sbb isi kandungan yg pelbagai.. utk mendapatkn air katira ni.. aku memilih bazar ramadhan gate air senggarang...

berikut adalah sedikit info tentang air katira:...

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan.

Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina.

Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.

air katira...
harga: RM1.50 sebungkus...
lokasi: bazar ramadhan gate air senggarang...


sekian, wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan