I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 22 November 2011

Malaysia EMAS Bola Sepak sukan SEA 2011...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur.. Keputusan Malaysia vs Indonesia final sukan SEA 2011 menyaksikan Malaysia menang 4-3 ke atas Indonesia menerusi sepakan penalti setelah perlawanan tamat 120 minit dengan seri 1-1 sekaligos menang pingat emas Bola Sepak sukan SEA 2011...


Perlawanan Malaysia vs Indonesia berlangsung sengit sepanjang separuh masa pertama namun Indonesia mendahului dgn gol Gunawan pd minit ke 5 yang menanduk masuk ke gawang gol Malaysia hasil sepakan penjuru...

Indonesia yg ghairah memburu gol ke dua terus melancarkan serangan bertali arus namun pemain Harimau Muda kembali mendapat rentak lalu melakukan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol Indonesia..

Hasilnye Malaysia mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Asraruddin Putra pd minit ke 33 hasil hantaran Baddrol Bakhtiar..


Secara keseluruhan permainan seimbang dari ke dua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama. tamat separuh masa pertama Malaysia seri 1-1 dgn Indonesia...

Sementara menunggu separuh masa ke dua bermula, aku ngan family sempat mkn mlm bersama.. haha.. mlm ni adik aku masak mee hailam special.. perghhh mmg sedap.. alhamdulillah kenyang.. dpt arr jugk mententeramkan sket denyutan jantung kami sekeluarga sebelom separuh masa ke dua bermula...

mee hailam special...

Separuh masa ke dua berlangsung dgn sengit apabila ke dua2 pasukan saling melakukan serangan balas dgn pantas.. Malaysia dpt bnyk peluang menjaringkan gol menerusi Ahmad Fakri Shaarani namun beliau gagal memanfaatkan peluang yg ade.. Pemain Harimau Muda kelihatan kepenatan dlm separuh masa ke dua...

Perlawanan disambung dlm masa tambahan setelah kedudukan terikat Malaysia 1 Indonesia 1 dlm 90 minit permainan.. masa tambahan menyaksikan indonesia mendominasi permainan dgn cubaan bertali arus ke gawang Malaysia namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.. Malaysia pulak bnyk bertahan di masa tambahan ni.. Tamat 120 minit perlawanan maka perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti...


Dalam penentuan sepakan penalti Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Fandi Othman dn Baddrol Bakhtiar.. fakri Shaarani gagal menjaringkan gol.. Namun kredit utk Khairul Fahmi Che Mat yg menyelamatkan dua sepakan penalti indonesia.. Akhirnye Malaysia menang sepakan penalti 4-3 ke ats Indonesia...

dengan keputusan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA yg dimenanginye di Laos pd thn 2009.. Tahniah Harimau Muda.. skuad Harimau Muda akan pulang ke Malaysia sejurus perlawanan ini dgn menaiki Air Asia utk mmbuat persiapan menentang Syria dlm perlawanan kelayakan sukan Olimpik 2012...

'majulah sukan utk negara'


sekian, wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan