I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 24 November 2011

Allahyarham Adik Muhammad Faisal: Al-Fatihah...

Kanak-kanak 6 tahun lemas di taman tema


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini, semalam (Selasa 22 November 2011).

Muhammad Faisal Mohd Yazid ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat dalam sebuah kolam renang taman tema air itu pada pukul 2.30 petang.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Yazid Bohari, 36, berkata beliau meninggalkan anaknya bermain di tempat permainan kanak-kanak sementara beliau mendapatkan perkhidmatan sewa pelampung di kawasan berhampiran.

"Apabila saya kembali ke tempat itu, anak saya tiada di situ. Saya dan keluarga kemudian mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan petugas di taman tema itu untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Beliau berkata anaknya dibawa ke bilik kecemasan di taman tema itu untuk diberikan rawatan pernafasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang, katanya.

sumber berita: KOSMO smlm...
__________________________________

hr ni Khamis 24 November 2011 aku dn family pergi ke bandar BP utk ke bank.. setelah selesai berurusan di bank aku berjalan dn singgah di sebuah kedai menjual surat kabo.. bila mmbuka helaian surat kabo METRO ternampak gmbo Mahyunah (emk allahyarham).. dr ctu br aku dpt tau berita tntg anaknye meninggal dunia.. Mahyunah adalah rakan sekelas aku sewaktu menuntut di sekolah rendah dahulu.. Takziah buat Mahyunah dn keluarga...

Marilah kita sama2 sedekahkn Al-Fatihah kpd allahyarham adik Muhammad Faisal Bin Mohd Yazid..
Al-Fatihah...


Amin Yarobbal'alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan