I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 31 Ogos 2011

dua hari di hari raya (baraan lelaki)...

Assalamualaikum...
2hr di bulan syawal 1432 bersamaan 31Ogos2011.. cpt jugk masa berlalu.. slmt menyambut hr kemerdekaan negara malaysia yg ke-54 kpd seluruh warga Malaysia walau di mana shj anda sume berada...

pd hr ni aku tertarik utk bercerita tntg baraan kaum lelaki.. kebiasaan spt thn2 yg lepas jugk pd thn ini setiap hr raya yg ke dua baraan kaum lelaki akn dilaksanakan.. baraan adlh bhs yg biasa digunakan oleh org kg mcm aku menyebutnye.. istilah standard mmbawa maksud kunjung-mengunjungi rumah jiran sambil berselawat nabi.. nk lebih spesifik sila rujuk kamus dewan.. kamus aku sape ntah pinjam tp tak pulang2.. haha kira halal...

aktiviti yg sudah menjadi rutin tahunan setiap kali syawal menjelang adlh warisan atuk nenek yg masih dikekalkn dn dilaksanakn oleh kaum bapa dn ank muda masa kini.. utk kg aku, baraan terbahagi kpd 2.. pertama baraan lelaki (kaum bapa dn ank muda) hr raya ke2.. yg ke dua, baraan perempuan (kaum ibu dn ank gadis) hr raya ke3.. pewweeett.. hehe sory sempat plak...

time ni lah seronok sbb sume mmber2 kg dpt berkumpul dn melaksanakn aktiviti baraan bersama2 dr rumah ke rumah.. mukin warga kota agk cemburu dgn aktiviti ini.. bersyukurlah wahai warga kota yg masih mempunyai kg halaman.. beginilah hakikat duduk di kg yg serba indah.. bebas dr hiruk pikuk kota yg bole menyesakkan nafas.. haaaaa semmmppuuuut...

alhamdulillah ramai juga warga kota yg balik ke kg halaman utk bersama2 menyertai aktiviti baraan kali ini.. tahniah kpd anda semua.. aku sbgi mmber tabik hormat arr dgn korg.. walaupon hidup serba moden di kota yg menawan, namun kg halaman tdk dilupakn.. syabaaaasss kawan...

berikut adlh gmbo yg sempat aku amik sempena baraan lelaki pd hr ini...

aktiviti baraan setahun skali yg dilaksanakan begitu meriah hasil gabungan di antara kaum bapa, barisan pemuda kg dn remaja...


dr kiri: wak kasmuri, daia, abg kastam dn jururawat terlampao...


anak muda warga kota yg turut sama turun padang utk menyertai baraan...


baraan yg akn cuba dikekalkn hingga ke generasi akn dtg.. walaupon FB menguasai trend maklumat dn informasi masa kini...


keramahan dn senda gurau yg menjadi tunjang utama permuafakatan serta silaturrahim antara jiran tetangga...


pasukan kuning menjadi pemenang bg katagori tema baju raya kali ini.. warna KUNING mendominasi rombongan baraan 2011...


best friend 4ever...


anak muda dn remaja yg bakal menjadi peneraju utama bg meneruskan tradisi baraan...


kat umh abg joe.. sempat kami mmbedal selatah rebus cicah ngan sambal meletop.. wakakaka... *wak kasmuri (bj pink) nk posing je keje dia.. haha...


hasil duet yg menemukan Hang Tuah dn Hang Jebat.. akhirnye Tuah tewas separuh jalan krn masalah cirit birit...


puyoh goreng.. menu hidangan istimewa di rumah hj anuar dn hj khalid...


hj khalid sdg mmbakar otak2...


akhirnya misi menjejaki puyoh yg hilang dpt dikesan.. gmbr di ats: predator yg berjaya ditangkap gmbrnye.. tanjat boboy.. wakakakaka...


ni lah abg sam.. bila aku tgok muka dia secara automatik aku terus teringat kat arwah ayhnye.. teringat zmn sekolah aku dulu slalu gurau ngan arwah ayh dia kat surau.. abg sam n family dh aku anggap seperti keluarga sendiri.. bila agknye aku dpt g umh dia kat pahang.. mudh2han selagi ade hayat insyaallah smpai...


kesian bdk kecik ni smpi tertido.. hehe.. sory abg joe...


slmt hr raya kami ucpkan kpd umat islam di seluruh dunia.. ikhlas dr kami yg berada di perantauan.. hehe.. dr kiri: daia, oom & ckgu usop... University of TOKYO Japan...


sekian, wassalam...

Selasa, 30 Ogos 2011

satu hari di hari raya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hr pertama syawal.. penaaaattt.. tp syokkk sbb dpt jupe sepupu sepapat yg jaoh dn dkt.. dh beso sepupu2 aku.. siap ade yg nk mengatasi saham aku.. haha... 

mmandangkn sume dh beso.. alhamdulillah selamat duit raya aku.. hehe.. perhatian kpd sepupu sepapat: hanya 12thn ke bawah layak dpt duit raye.. raya kali ni spt raye2 thn lps jugk memang meriah sbb aku mmpunyai keluarga yg besar sblh mak n bpk aku...

sampai tak sedar rupenye ade ank murid yg slalu aku ajar kat sekolah dn aku follow dr thn 3 smpi thn 5 rupenye sedara sendiri.. ya allah.. tanjat boboy.. hehe.. rezeki ank murid sbb sedare, ckgu up dpt duit raye kaler merah...

berikut adalah pic yg aku snap sendrik.. mmg ade sikit poyo... kalo nk letak bawah bantal pastikn framekn dulu ye pic nih hahaha...

slmt hr raya aidilfitri maap zahir dn batin...

mereng nk menanges pon ade sbb duit raya RM2 dh abis cpt tul laku... hahaha.. takpe stok kat umh ade lg...

dh kurus kn.. hahahaha.. mmg poyo...


tarikh: 30 Ogos 2011 / 01Syawal1432...
ucpn: slmt hr raya aidilfitri maap zahir dn batin kpd muslimin dn muslimat...
baju: baju raya thn ni tak siap jadik aku bedal mana yg ade...
brand: CLA UNIQUE COLLECTION
songkok: 5 inci beb...


sekian, wassalam...

Isnin, 29 Ogos 2011

Keajaiban Jantung...

JANTUNG adalah organ terpenting di dalam tubuh manusia. Ia mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke semua sel dalam badan. Denyutan pertama jantung bermula seawal empat minggu dalam kandungan dan hanya berhenti apabila manusia mati.


Bermula daripada satu sel yang membiak selepas persenyawaan, sebuah organ jantung adalah satu rangkaian otot khas (myocardium) yang disaluti lapisan tisu dinamakan pericardium. Di dalam jantung mengandungi empat kaviti (chamber) yang dipisahkan oleh injap supaya darah mengalir searah saja.

Secara purata, jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit, menjadikan lebih 100,000 kali sehari dan 36 juta kali setahun. Jika seseorang itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali.

Jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit. Dalam sehari, ini membabitkan perjalanan 7,570 liter darah sejauh 96,560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.

Kerja ini disempurnakan dengan baik oleh satu organ yang hanya sebesar satu genggam tangan dan berat 0.3 kilogram (kg). Allah menciptakan satu organ yang relatifnya kecil tetapi fungsinya meliputi seluruh badan manusia dan tanpanya manusia tidak boleh hidup.

Semua sel memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup, termasuk otot jantung. Maka, arteri koronari membekalkan darah kepada otot jantung supaya ia dapat meneruskan kerja mengepam darah ke seluruh badan.

Jika satu struktur di dalam jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, ia menyebabkan satu penyakit yang mempunyai simptom tertentu. Jadi secara amnya, penyakit jantung boleh berpunca daripada masalah:


•Otot (myocardium) seperti jantung bengkak atau tebal

•Lapisan jantung (pericardium) seperti perikarditis

•Injap jantung seperti injap sempit atau bocor

•Salur darah koronari – pembentukan plak aterosklerosis yang boleh menyebabkan serangan jantung

•Struktur lain di dalam jantung – seperti jantung berlubang

•Elektrikal yang membabitkan denyutan jantung


Penyakit salur darah koronari dibincangkan dalam artikel sebelum ini, jadi saya akan cuba mengupas penyakit lain. Ilmu perubatan dinamakan ilmu perubatan moden sekarang ini berpandukan kepada kajian teliti yang dijalankan ke atas organ jantung seperti mana ia dicipta Allah.

Ilmu ini sebenarnya diasaskan oleh pakar perubatan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu. Malangnya selepas kejatuhan zaman itu, segala tamadun dan ilmu ini diceduk oleh sarjana Eropah.

Ini yang menyebabkan kekeliruan pada masyarakat sekarang ini iaitu ilmu perubatan moden dianggap berasal dari Barat dan tidak Islamik.

Banyak perubatan alternatif mengambil peluang daripada kekeliruan ini untuk menjaja sebagai perubatan Islam, sedangkan mereka bukan ahli di dalam ilmu perubatan.

Hakikatnya, ilmu perubatan moden ini ialah ilmu perubatan berasas kepada Islam yang mengkaji tubuh badan manusia seperti yang diciptakan Allah. Ilmu yang boleh membawa pengkajinya lebih dekat dengan Allah kerana menyedari betapa hebat dan sempurna ciptaan-Nya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/

Kumpulan Sepah Akhirnya Berpecah!...

KUALA LUMPUR – Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.

Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.

“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.

Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.

“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.

Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.

Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.

Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

sumber: http://mynewshub.my/

Barca gergasi Eropah...

MONACO – Barcelona terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kelab gergasi Eropah.

Semalam, kelab dari Sepanyol itu menjulang gelaran pertama pada musim baharu ini selepas bergelar juara Piala Super.

Ia diraih menerusi kemenangan 2-0 ke atas Porto pada aksi pembuka tirai kejuaraan Eropah.

Piala Super menemukan dua kelab Eropah membabitkan juara Liga Juara-Juara serta juara Liga Europa.

Barcelona memegang status sebagai juara Liga Juara-Juara musim lepas, manakala Porto dari Portugal merupakan juara Liga Europa.

Pada aksi pembuka tirai saingan Eropah semalam, pemain baharu Barca, Cesc Fabregas menikmati saat paling indah apabila tampil sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut dan ia merupakan jaringan pertamanya dalam kejohanan berprestij bersama kelab baharunya itu sejak berpindah dari Arsenal awal bulan ini.

Fabregas menemui penyudah hanya dua minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Lionel Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-39 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menambah koleksi kejuaraan Piala Super Eropah selepas mereka turut memenangi Piala Super Sepanyol minggu lepas. – AFP

sumber: berita KOSMO...

Sabtu, 27 Ogos 2011

27hr berpuasa...

Assalamualaikum...
alhamdulillah selesai 27hr berpuasa.. semakin hampir nk raya.. aktiviti arini pg kemas umh sikit2.. smbg tdo jap.. g carik kayu utk pasang pelita raye.. kalo ikut mmg dh mls nak pasang pelita nih.. tp pikirkn ank sedara yg sorg ni besemangat plak nk pasang...

dlm kol 10pg aku kuo g pt raje anto mak ke kedai.. selamat dtg ke CLA UNIQUE COLLECTION.. ade masa yg terluang aku singgah ke expo pt raja jap.. perghhh mmg lengang.. haha... sesuai utk aku pilih beli bj raye.. drpd g mlm sesak baek aku g pg.. aku berjaya mmbawa pulang baju kemeja+selipar...

ptg aku g bando BP.. ape lg carik tmpt berbuka yg sesuai..

sbb dh janji dgn ank sedara nk buka sama.. akhirnya kami memilih KFC bukit pasir..

wowww ramainye org.. naseb baek aku dh smpi awl.. kol 6.30p.m tuu sampai..

pertama kali melihat keluarga mualaf berbuka puasa sama di KFC td.. student UTHM pon ramai.. kerusi meja penoh.. br tau KFC dh ikot McD style amik sos.. nak jimat agknye.. haha...


menu: dinner plate 2set (spicy) + chicky meal 1set (spicy) + chezzy wedges...
lokasi: kfc bukit pasir, batu pahat...


sekian, wassalam...

Jumaat, 26 Ogos 2011

'biru turquoise'...

Assalamualaikum...
pg aku g sekolah mcm biasa.. alhamdulillah hr jumaat yg sejuk krn hujan turun skjp lebat skjp gerimis tanpa henti.. spt hr jumaat pd mgu2 yg lepas, pd mgu ni aku masih berpeluang memakai pakaian baju melayu lengkap bersamping dn bersongkok...

hr ni aku pakai baju melayu teluk belanga berwarna biru kehijauan ataupon bhs adik aku 'biru turquoise'.. bj ni tak silap baju raya thn 2008.. adik aku yg pilih kaler.. tiap2 thn nak kena sama kaler.. tp kkdg aku menyimpang jugk.. bukn ssh beli siap sudaa haha...

lengkap arr 4kali dlm sebulan ramadhan aku pakai bj melayu teluk belanga negeri johor ni.. lps ni naek cuti aku mcm biasa hanye memakai t-shirt pd hr jumaat sbb PJ kat pdg.. terasa lama plak tak pijak rumput kat pdg haha...

berikut adlh gmbo yg aku amik.. cm biasa arr gmbo mesti kena ade.. haha...

baju melayu 'biru turquoise'.. haha...


leher teluk belanga...

tailor: cla...
brand: Cla Unique Collection...
almt: A22 bangunan koperasi serbaguna, pt raja, bt pahat...


sekian, wassalam...

Liverpool Mara Ke Pusingan Ketiga...

LIVERPOOL melangkah bergaya ke pusingan ketiga Piala Liga selepas mudah menewaskan kelab liga bawahan, Exeter City 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi.

Turut mara, dua lagi pasukan Liga Perdana England, Everton, Blackburn dan Bolton yang masing-masing berjaya menundukkan Sheffield United 3-1, Sheffield Wednesday 3-1 dan Macclesfield Town 2-1.

Skuad Liverpool kendalian Kenny Dalglish terpaksa beraksi di pusingan kedua buat kali pertama sejak 1999 selepas mereka gagal berada di kelompok pasukan yang layak ke saingan Eropah berdasarkan prestasi musim lalu.

Namun juara tujuh kali Piala Liga itu berjaya mengelak daripada dimalukan Exeter pada aksi di St James’ Park selepas tiga gol Luiz Suarez, Maxi Rodriguez dan Andy Carroll menghadiahkan kemenangan ke-200 buat Dalglish sebagai pengurus Liverpool.

Gol saguhati Exeter dijaringkan Daniel Nardiello menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

“Kami menang kerana kami mempersiapkan diri dengan baik bagi menghadapi perlawanan ini. Apa yang menggembirakan saya ialah sikap para pemain,” kata Dalglish.

Pengendali itu turut mengesahkan bahawa penyerangnya Raul Meireles terpaksa diketepikan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan tulang rusuk pada perlawanan tersebut.

“Saya tak pasti sejauh mana tahap keseriusan kecederaannya itu. Tapi ia pasti akan memakan masa beberapa minggu untuk pulih,” jelasnya. – mynewshub.my

sumber: mynewshub.my

Selasa, 23 Ogos 2011

calon UPSR putus jari...

KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.

Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.

Akibat kejadian malang itu, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh dekat sini itu putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.

"Mercun bola itu terus meletup sebaik sahaja saya menyalakannya tanpa sempat saya melemparkannya," ceritanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini semalam.

Tambah anak ketiga daripada enam beradik itu, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan,'' janjinya.


sumber: berita KOSMO...

salam aidilfitri...

Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

( korus )
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya


nyanyian asl: jamal abdillah...
acoustic version: ajek hassan...
ucpn: slmt hr raye kpd semua.. smga adilfitri kali ini mmberi seribu makna kpd semua...


sekian,wassalam...


Isnin, 22 Ogos 2011

permata baru Anfield...

LONDON – Dua gol selepas dua perlawanan membuktikan betapa bernilainya Luis Suarez (gambar) untuk membawa Liverpool kembali ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England musim ini.

Bermula dari bangku simpanan pada aksi menentang Arsenal malam kelmarin, penyerang Uruguay itu bersama-sama Raul Meireles yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Gandingan dua pemain itu berjaya mencipta banyak peluang sekali gus dua jaringan terhasil menerusi gol sendiri Aaron Ramsey pada minit ke-78 dan jaringan Suarez pada penghujung perlawanan.

“Ia satu gandingan baik serta pertukaran yang berkesan. Bagaimanapun kami tetap gembira dengan aksi Andy Carroll dan Dirk Kuyt sebelum mereka dibawa keluar.

“Tapi apabila kami memiliki dua pemain berkualiti di bangku simpanan, tak salah untuk kami mempertaruhkan mereka,” kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.

Suarez sebelum ini menjaringkan gol tunggal Liverpool ketika seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi sulung minggu lalu.

Dalglish turut menegaskan betapa pentingnya untuk menguruskan pembahagian beban pemain bagi mengelak kecederaan sambil mengakui kesilapannya ketika meletakkan Suarez dalam kesebelasan utama menentang Sunderland.

“Minggu lalu mungkin saya tidak berlaku adil terhadap Suarez. Saya rasa tidak adil untuk dia yang baru kembali menyertai skuad. Saya lihat dia begitu hebat pada sesi latihan dan berasakan dia perlu diturunkan.

“Memang dia masih mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik pada perlawanan itu tetapi dia tidak dapat memiliki kekuatan sama seperti kebiasaannya,” jelas Dalglish.

Suarez, 24, baru saja kembali ke England selepas membantu Uruguay menjuarai Copa America dan muncul pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak empat gol. – Agensi

sumber: berita KOSMO...

yok munjung...

Assalamualaikum...
Ahad 21 Ogos 2011.. arini family aku bz sbb masak2 utk munjung.. spt thn2 yg lepas.. masing2 diberi tugas dgn seadil2nye haha.. utk thn ni menu munjung ringkas tp sedap.. menu: ketupat nona+kari daging+ayam masak kicap+sayur lodeh...

mcm biasa arr blog aku mesti ade gmbo punyer.. hehehe...

ketupat nona.. penat aku menganyam hahaha...


daging masak kari pekat.. perghhh mmg terangkat arr.. sdppppp...


ayam masak kicap.. walaupon kuali besar tp terpaksa masak 2kali...


lodeh yg terlondeh.. haha santan kurang pekat.. takpe rasa masih sdppp.. yg istimewa sbb ade cmpo ngan kacg tolo...


bungkusan siap utk diagih2kan...


sekian, wassalam...

Sabtu, 20 Ogos 2011

gayat...

Assalamualaikum...
jumaat 20 ogos 2011... aktviti mlm slps solat terawih adlh memasang bendera kat dpn kg.. bendera yg dipasang bukan bendera politik tetapi bendera negara Malaysia dn bendera negeri Johor.. kalo nk pasang bendera politik tgu arr pilihan raya nnti.. haha...

bg menyemarakkan lagi semangat menyambut hr kemerdekaan dn hr raya aidilfitri yg bakal tiba, kami sama2 bertanggungjawab memasang bendera dn juga banner hari raya di pintu gerbang kg.. kira mengalu2kn kepulangan para perantau balik ke kampung arr ni.. hehe...

berikut adalah gmbo yg sempat aku amik..

tangga 2 layer yg aku gunakn utk memanjat...


yakin ke tak aku bole sampai ats nih.. haha...


berbekalkn pengalaman yg lepas, alhamdulillah berjaya skali lg aku menuju puncak...


akhirnya bendera siap dipasang di ats pintu gerbang...


bendera Malaysia dn Johor berkibar dgn megahnye.. pandangan dr bwh...


ckgu usop dgn gaya yg tersendiri hehe.. bendera Malaysia turut dipasang di jambatan kg...


apelg setelah selesai memasang bendera dn banner, kami pergi ngeteh kat warung mantappp... menu: mee goreng basah+kopi o pns...


sekian, wassalam...

ku sangkakn pengantin rupanye pengapit...

Assalamualaikum...
19hr berpuasa.. jumaat yg indah 20 ogos 2011.. skali lg pd hr ni aku memakai baju melayu kebanggaan negeri johor darul takzim ke sekolah.. kali ni aku memakai bj melayu teluk belanga berwarna kuning emas...

baju ni ade kenangan yg tersendiri.. teringat dulu time mmber aku nk menikah kat mesjid besar bt pahat.. aku jadik pengapit.. masa utk tandatangan borang nikah.. tangan aku telah ditarik oleh seseorg.. aku igtkn mmber aku td.. tp rupenye pak imam dia suh aku tandatangan borang nikah.. haha.. pak imam igt aku pengantin.. adoyai kelako tul arr...

baju melayu teluk belanga negeri johor...


leher teluk belanga...


tailor: cik noni & cla...
brand: cla unique collection...
almt: A22, bangunan koperasi serbaguna, pt raja, bt pahat...


sekian, wassalam...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Allahyarham Misnan Bin Ithnin...

Assalamualaikum...
18hr berpuasa.. sdg aku selesai mmbeli raket di kedai badminton, aku dikejutkan dgn panggilan telefon dr mak aku yg menyatakan abg sepupu meninggal dunia.. innalillahiwainnailaihirojiun...

aku ngan danish bergegas balik.. sempat singgah kedai Cla Unique Collection utk amik mak aku skali bwk balik.. slpas solat terawih jenazah diuruskan dgn sempurna.. dimandikan, dikafankn, disembahyangkn dn dikebumikn.. lebih kurg jam 11.30mlm, alhamdulillah selesai...

utk itu marilah kita sama2 sedekahkn al-fatihah utk allahyarham misnan bin ithnin semoga rohnya di tempatkn dikalangan org2 yg beriman.. insyaallah amin...
al-fatihah...



sekian, wassalam...

Khamis, 18 Ogos 2011

SAPS: aku dh siaplah!!!...

Assalamualaikum...
dh pg rupenye.. 2:01a.m aku br selesai menyiapkn SAPS...

SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. sume markah kena masok kat cni secara online.. dh tak guna lg dh headcount...

alhamdulillah aku br je selesai.. sekejap je.. dlm 2jam dh settle sume.. lpsni aku nk raye jgn ade yg cuba2 tepon aku nk tanye pasal SAPS plak ye.. hrp maklum sume.. haha...

kpd guru2 di seluruh malaysia yg belom siap lg isi markah SAPS secara online ni jgn risau.. sbb tarikh dilanjutkan lagi ke 2 september 2011.. semoga berjaya semua...


sekian, wassalam...


Rabu, 17 Ogos 2011

peristiwa Nuzul Al-Quran...

Assalamualaikum...
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran.., berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran...

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.

Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


sekian, wassalam...

masjid jamek lapis seri dalam...

Assalamualaikum...
smlm 16 Ogos 2011 aku menghadiri majlis tadarus al-quran kat masjid lapis seri dalam.. undangan yg aku terima mmg tak akn aku sia2kn.. dgo je masjid jamek lapis seri dlm, aku terus bersungguh2 nk g.. masjid ni adalah masjid tmpat aku menunaikn solat jumaat setiap minggu sejak dr kecik lg...

aku mmg kerap mengikuti aktiviti bertadarus secara beramai2 ni sejak sekolah rendh lg.. cuma slps SPM aku tak dpt mengikuti krn belajar kat Kuala Lumpur.. sehinggalah aku posting kat JB.. alhamdulillah setelah balik semula dn menetap kat kg.. dpt aku mengikuti semula aktiviti ni di tempat sendiri...

berikut adlh gmbo yg sempat aku amik...

mmber baik aku.. ustaz bahrin...






aktiviti: tadarus Al-Quran...
masa: 10.00mlm (slps solat terawih)...
tarikh/hr: 16/08/2011 (selasa)...
tempat: masjid jamek lapis seri dalam...
jamuan: mee hoon sup...



sekian, wassalam...