I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 20 Julai 2011

karipap...

Assalamualaikum...

pg arini aku g sekola cm biasa.. berada di petak yg ke tujuh.. perghhh terok betol.. hehe.. pg srpn menu: karipap (ustat naim sponsor)+tea o..

karipap ni special.. skali aku mkn mmg sdp rasanye.. lupa plak nk tanye ustat beli kat mana.. aku salah seorang penggemar karipap.. yg paling aku suka karipap berintikan keledek..

teringat dulu masa duk kat pulai indah.. time bulan ramadhan aku slalu g bazar kat tmn sri pulai.. perghhh ade satu kedai tuu mmg khas jual karipap je.. nk inti ape sume ade.. menimbun karipap tp sume habis dijual.. mmg hebat...

teringat jugk kat hantu makcik karipap kump balas hahahaha...

rutin yg biasa arini masuk kelas.. masih dlm mood program minggu sains.. rehat, tiba masa utk info sains diperdengarkn kpd sume.. arini tugas mak Lel utk handle info sains.. murid yg terpilih akn bc dn guru soal terus dpt hadiah...

aku takde nk citer bnyk arini.. cuma aku siap sedia utk berkongsi ilmu tntg sains.. maklumlah minggu ni kn program minggu sains sekolah aku.. jadik tak slh kalo korg pon dpt tempias drpd program tersebut...

kkdg kita bukannye lupa cuma tak igt info2 sains berkaitan ape yg telah kita pelajari di zmn persekolahan dahulu.. utk mengingatkn kembali berkaitan ngan info sains tersebut aku ade senaraikn kat bwh ni.. slmt utk membaca info sains berikut:

Info 1:
Sesetengah haiwan seperti beluncas tidak minum. Beluncas mendapat air daripada daun yang dimakannya.

Info 2:
Air membentuk lebih kurang 70 peratus daripada badan manusia. Sekiranya seseorang itu tidak mendapat air, dia mungkin boleh hidup hanya 8 hingga 10 hari.

Info 3:
Tumbuhan hijau dapat membuat makanannya sendiri. Proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau dikenal sebagai ‘Fotosintesis’. Untuk menjalankan fotosintesis, tumbuhan memerlukan air, karbon dioksida dan cahaya matahari.

Info 4:
Kita digalakkan bernafas melalui hidung daripada mulut. Ini kerana bulu hidung membantu menapis udara yang kita sedut.

Info 5:
Asap rokok mengandungi lebih 3800 bahan kimia yang beracun dan membahayakan tubuh manusia.

Info 6:
Pokok di hutan tumbuh sangat tinggi kerana bersaing untuk mendapatkan cahaya.

Info 7:
Sesetengah haiwan tidur sepanjang musim sejuk. Tabiat ini dikenali sebagai hibernasi. Semasa hibernasi, haiwan menggulungkan badannya untuk memanaskan badan.

Info 8:
Unta dapat hidup tanpa air untuk tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan. Unta dewasa boleh minum sehingga 200 liter air sehari.

Info 9:
Sebelum system metric diperkenalkan, ukuran panjang adalah dalam inci, kaki, batu dan ela. Unit-unit ini masih digunakan sehingga sekarang.

Info 10:
Jam randik mengukur masa dalam unit saat dan minit. Ia boleh digunakan untuk mengukur masa yang singkat dengan tepat seperti dalam aktiviti sukan dan menjalankan eksperimen.

info sc yg aku senaraikn ni mmg semuanye mudh2 dn ringkas.. aku kn mengajar sek rendah buknnye universiti hehe.. bnyk lg info sains yg disenaraikn.. utk hr ni cukop lah 10 info dulu.. selainnye aku sambung lg esk r lusa...

sekian, wassalam...

1 ulasan:

  1. tahniah om, bila baca info sc ni, baru aku tahu....padahal selama ni buat x tahu jek....hehhe thanks om, bg info nih...

    BalasPadam