I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 16 Julai 2011

Fadilat Nisfu Syaaban...

As-salam...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Oh Allah, bless for us the month of Rajab and Shaban and grant us the month of Ramadan.
Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat dan kita digalakkan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.

Pada malam itu adalah lembaran baru bagi catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina.

Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan
permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat.

Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.

Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia
mesti dibuktikan dengan perbuatan.

Apatah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangantamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.

Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan
dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.
Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang
dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa
yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.

Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia
dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan
cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.

Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara
manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)

Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya.
Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan
menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan
sesetengah pihak umat Islam.
Wallahu a’lam.

sumber dr internet...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan