I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 26 Disember 2011

Selamat Datang Calon2 UPSR 2012...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
sebulan setengah cuti sekolah hampir ke penghujungnya.. pelbagai aktiviti yg dilakukan sepanjang cuti sekolah mmbuatkan aku bermuhasabah diri bhw diri ini mmg kerdil dn bnyk lg perkara yg perlu dipelajari.. selagi terdaya menyumbang kudrat tetap ku hulurkan.. insyaAllah...

aktiviti kelas tambahan kelas 5jaya dn 5usaha telah berjaya dilaksanakan.. kpd semua calon2 UPSR 2012, ckgu nk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih krn ank2 murid sudi hadir ke sekolah bg menjalani aktiviti kelas tambahan...

berikut adalah antara gmbo2 sepanjang kelas tambahan Disember 2011 berlangsung... 

 calon2 UPSR 2012 sk koris...

 ISLAM BOYS...

 ANGRY BIRDS...

 RAKAN MUDA...

 CAHAYA...

 ANDROMEDA...

 STAR GROUP...

 BUNGA LILY SERI PAGI..
pnjg tul nama kumpulan hehehe...

 antara menu yg disediakan: tom yam...

 siap sedia terhidang...

sup ayam juga ada...

Danial Sahrom.. pilih jgn tak pilih!!!...

 berbaris antara disiplin yg perlu dipatuhi...

 daniel dn syahrul tersenyum lebar kekenyangan...

 hayat smpi licin mangkuk.. alhamdulillah...

mkn bersama2 dgn rakan kumpulan...

lima org gadis pingitan.. hehehe...
tahniah fitriyah walaupon demam semangat utk hadir ke sekolah amat dipuji...

semoga sukses UPSR nnti.. insyaAllah Amin...

sekian, wassalam...

Khamis, 1 Disember 2011

Muaz RafaliQ...

Assalamualaikum...
cuti sekolah dtg lg.. tak terlmbt rasanye utk ckgu ucp slmt bercuti kpd semua ank murid/pelajar di seluruh Malaysia.. syokkk arr korg cuti.. mmg arr syokkk sbb ckgu pon cuti jugk hahaha.. sempena cuti sekolah ni ckgu hrp semua ank2 murid dpt menjaga diri masing2 dgn elok ye.. semoga bila kita berjumpa naek sekolah nnti semua berada dlm keadaan sihat sejahtera.. insyaAllah Amin...

kpd seluruh warga pendidik samada sek men/ren sy mengucpkn selamat bercuti.. kpd yg balik kg terutamanye yg balik Kedah dn Kelantan.. di hrp memandu dgn elok.. kalo nk memotong lori pnjg tuu kena betul2 yakin bro...

kpd warga gomen yg len.. yg kena bekerja tuu di hrp bersabar lah ye.. terutama warga sepital BP (dut) hehe.. walaupon warga guru bercuti tetapi tiba giliran bertugas ttp kena g sekolah.. latih bdk sukan, kelas tambahan utk calon UPSR 2012, mengemaskini fail2 panitia, mengemas bilik2 khas, melabel kerusi br dn sebagainye...

kat cni aku nk berkongsi gmbr terkini Muaz RafaliQ...




siapakah Muaz RafaliQ??? knpa Muaz RafaliQ ade kat dlm blog aku??? ape kaitan antara Muaz RafaliQ ngan aku??? anak??? adik ipar??? atau adik aku??? sejak bila mak aku mengandong plak.. hahaha...

Muaz RafaliQ seorang bdk kecik comel yg berumur lebih kurg 10bln.. Muaz adalah ank kpd pasangan Fairuz dn Aida.. Fairuz adlh mmber kelas aku semasa menuntut di sekolah menengah dulu.. Aida pulak adlh mmber sekelas adik aku semasa menuntut di sekolah rendah dn menengah...

oleh kerana sukar utk mencari pengasuh, utk sementara waktu Muaz diserahkan kpd mak aku utk menjaganye.. ketika itu Muaz hanya berumur 3bln.. apelg masa tuu org yg paling gembira adalah Muhammad Danish (ank sedara aku)...

mak aku cuba mmbahagikan masa dgn begitu baik skali krn di samping menjaga baby, mak aku juga bertanggungjawab terhadap CLA UNIQUE COLLECTION.. baju tempahan, pd siang hr mak aku jahit kat umh.. manakala pekerja menjahit di kedai.. pd waktu mlm adik aku plak menggalas tugas utk menjahit di rumah.. alhamdulillah takde masalah...

Muaz kini mmbesar di rumah kami.. pd mula hanye menjaga Muaz utk sementara tp sehingga kini mak dn bpk aku spt sukar utk berjauhan dgn Muaz.. Danish adalah antara org pertama yg menentang sekiranye Muaz diserahkan kpd pengasuh lain.. oleh kerana emk dn ayh Muaz sememangnye mmberi kepercayaan penoh kpd mak aku, sehingga kini Muaz berada di rumah kami...

Muaz kini mmbesar dgn begitu baik skali.. setiap keletah dn karenah yg dipamerkan oleh Muaz mmbuat kami satu family kkdg ketawa terbahak2.. pelbagai aksi yg ditunjukkan oleh Muaz adlh satu proses perubahan seorang kanak2 normal yg melalui fasa tumbesaran...

setiap kali balik dr sekolah, apabila memandang muka Danish dn Muaz aku terasa hilang penat... sekiranye dulu rumah kami senyap dr suara kanak2 kecil tetapi kini suara yg aku carik selama ini berada di rumah kami.. terima kasih Muhammad Danish dn Muaz RafaliQ...

sekian, wassalam...

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433...


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Jumaat, 25 November 2011

Nur Kasih...



Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

Khamis, 24 November 2011

Allahyarham Adik Muhammad Faisal: Al-Fatihah...

Kanak-kanak 6 tahun lemas di taman tema


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini, semalam (Selasa 22 November 2011).

Muhammad Faisal Mohd Yazid ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat dalam sebuah kolam renang taman tema air itu pada pukul 2.30 petang.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Yazid Bohari, 36, berkata beliau meninggalkan anaknya bermain di tempat permainan kanak-kanak sementara beliau mendapatkan perkhidmatan sewa pelampung di kawasan berhampiran.

"Apabila saya kembali ke tempat itu, anak saya tiada di situ. Saya dan keluarga kemudian mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan petugas di taman tema itu untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Beliau berkata anaknya dibawa ke bilik kecemasan di taman tema itu untuk diberikan rawatan pernafasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang, katanya.

sumber berita: KOSMO smlm...
__________________________________

hr ni Khamis 24 November 2011 aku dn family pergi ke bandar BP utk ke bank.. setelah selesai berurusan di bank aku berjalan dn singgah di sebuah kedai menjual surat kabo.. bila mmbuka helaian surat kabo METRO ternampak gmbo Mahyunah (emk allahyarham).. dr ctu br aku dpt tau berita tntg anaknye meninggal dunia.. Mahyunah adalah rakan sekelas aku sewaktu menuntut di sekolah rendah dahulu.. Takziah buat Mahyunah dn keluarga...

Marilah kita sama2 sedekahkn Al-Fatihah kpd allahyarham adik Muhammad Faisal Bin Mohd Yazid..
Al-Fatihah...


Amin Yarobbal'alamin...

Selasa, 22 November 2011

Tahniah Malaysia: KOSMO...


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

 Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Tahniah Malaysia: METRO...

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Tahniah Malaysia: UTUSAN MALAYSIA...

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi. Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan. Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.

Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita. Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.

Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.

Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

 Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama

We Are The Champions...

I've paid my dues
Time after time
I've done my sentence
But committed no crime
And bad mistakes
I've made a few
I've had my share of sand kicked to my face
But I've come through
And I need to go on,and on, and on, and on

We are the champions,my friends
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions
Of the world


I've taken my bows
And my curtain calls
You brought me fame and fortune
And everything that goes with it
I thank you all
But it's been no bed of roses
No pleasure cruise
I consider it a challenge before the whole human race
And I ain't gonna lose
And I need to go on, and on,and on, and on

We are the champions, my friends
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions
Of the world


We are the champions,my friends
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions

Malaysia EMAS Bola Sepak sukan SEA 2011...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur.. Keputusan Malaysia vs Indonesia final sukan SEA 2011 menyaksikan Malaysia menang 4-3 ke atas Indonesia menerusi sepakan penalti setelah perlawanan tamat 120 minit dengan seri 1-1 sekaligos menang pingat emas Bola Sepak sukan SEA 2011...


Perlawanan Malaysia vs Indonesia berlangsung sengit sepanjang separuh masa pertama namun Indonesia mendahului dgn gol Gunawan pd minit ke 5 yang menanduk masuk ke gawang gol Malaysia hasil sepakan penjuru...

Indonesia yg ghairah memburu gol ke dua terus melancarkan serangan bertali arus namun pemain Harimau Muda kembali mendapat rentak lalu melakukan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol Indonesia..

Hasilnye Malaysia mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Asraruddin Putra pd minit ke 33 hasil hantaran Baddrol Bakhtiar..


Secara keseluruhan permainan seimbang dari ke dua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama. tamat separuh masa pertama Malaysia seri 1-1 dgn Indonesia...

Sementara menunggu separuh masa ke dua bermula, aku ngan family sempat mkn mlm bersama.. haha.. mlm ni adik aku masak mee hailam special.. perghhh mmg sedap.. alhamdulillah kenyang.. dpt arr jugk mententeramkan sket denyutan jantung kami sekeluarga sebelom separuh masa ke dua bermula...

mee hailam special...

Separuh masa ke dua berlangsung dgn sengit apabila ke dua2 pasukan saling melakukan serangan balas dgn pantas.. Malaysia dpt bnyk peluang menjaringkan gol menerusi Ahmad Fakri Shaarani namun beliau gagal memanfaatkan peluang yg ade.. Pemain Harimau Muda kelihatan kepenatan dlm separuh masa ke dua...

Perlawanan disambung dlm masa tambahan setelah kedudukan terikat Malaysia 1 Indonesia 1 dlm 90 minit permainan.. masa tambahan menyaksikan indonesia mendominasi permainan dgn cubaan bertali arus ke gawang Malaysia namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.. Malaysia pulak bnyk bertahan di masa tambahan ni.. Tamat 120 minit perlawanan maka perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti...


Dalam penentuan sepakan penalti Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Fandi Othman dn Baddrol Bakhtiar.. fakri Shaarani gagal menjaringkan gol.. Namun kredit utk Khairul Fahmi Che Mat yg menyelamatkan dua sepakan penalti indonesia.. Akhirnye Malaysia menang sepakan penalti 4-3 ke ats Indonesia...

dengan keputusan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA yg dimenanginye di Laos pd thn 2009.. Tahniah Harimau Muda.. skuad Harimau Muda akan pulang ke Malaysia sejurus perlawanan ini dgn menaiki Air Asia utk mmbuat persiapan menentang Syria dlm perlawanan kelayakan sukan Olimpik 2012...

'majulah sukan utk negara'


sekian, wassalam...

Selasa, 15 November 2011

syokkk jadik pak guard...

Assalamualaikum...
hr ni aku g berkursus di smk dato’ syed esa, batu pahat.. kursus yg ringkas tp menyeronokkan.. hanye 50 buah sekolah yg terpilih shj yg terdiri drpd guru2 sekolah menengah dn rendah daerah batu pahat.. tajuk kursus: kursus warden keselamatan jalan raya.. sekolah yg terlibat adlh sekolah yg berada di kawasan tepi jalan raya besar dn sk koris tidak terkecuali.. taklimat kursus disampaikan oleh barisan pegawai JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya).. terima kasih bnyk2 krn menyampaikan maklumat yg ringkas, padat dn tepat...

sesi ke dua adalah praktikal yg diadakan di jalan besar berhadapan dgn smk dato' syed esa.. kami dibahagi kpd 2 buah kumpulan.. JPJ turut terlibat membantu melancarkan lagi sesi praktikal kali ni.. mmg syokkk!!! bukan senang nk dpt pengalaman jadik pak guard.. peluang yg ada mmg aku tak sia-siakn.. berdiri ditgh2 panas.. asap kenderaan.. yg paling utama adalah keselamatan diri pon kena jaga jugk beb...

terima kasih kpd pihak penganjur yg menyediakan hidangan mknn yg sdp2.. sarapan menu: mee hoon goring+tea o pns.. menu tgh hr: nasik jagong+daging kambing masak kormak+daging aym masak merah+pencok+betik+oren ais.. Alhamdulillah kenyang...

berikut adalah antara gmbo2 yg sempat aku amik sepanjang sesi praktikal dilakukan..

peserta kursus berbaris dgn memegang senjata masing2...

cayalah ustat...

besornye Lollipop...

aku mau pulang pak...

pegawai JKJR mmberi panduan kpd peserta kursus...

barisan model menggayakan pakaian masing2...

bangga dgn ckgu tukiran.. bersemangat waja...

akhirnye kami konvo jugak...


sekian, wassalam...

Jumaat, 11 November 2011

kau yg bernama seri...

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku ‘kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri

Hanya kau kekasihku
Yang bernama… Seri…
Seri…


Ahad, 6 November 2011

salam aidiladha 1432H...

Assalamualaikum...
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H kpd seluruh umat Islam di dunia.. Alhamdulillah bersyukur kpd Allah krn pd thn ni aku masih diberi peluang utk menyambut aidiladha bersama family.. berikut adalah antara gmbo2 yg sempat aku amik semasa mkn di pg Aidiladha...

ketupat dn lepat special...

mkn tulang ke bro...

rendang special adik aku yg masak...

lodeh.. mak aku yg masak...

ayam masak kicap.. kakak ipor aku yg masak...

kek ape ntah ni.. adik aku yg wt...

lengkong kot nih.. adik aku jugk yg wt...

nogosari mmg sedap mak aku yg wt...



sekian, wassalam...