I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 31 Ogos 2011

dua hari di hari raya (baraan lelaki)...

Assalamualaikum...
2hr di bulan syawal 1432 bersamaan 31Ogos2011.. cpt jugk masa berlalu.. slmt menyambut hr kemerdekaan negara malaysia yg ke-54 kpd seluruh warga Malaysia walau di mana shj anda sume berada...

pd hr ni aku tertarik utk bercerita tntg baraan kaum lelaki.. kebiasaan spt thn2 yg lepas jugk pd thn ini setiap hr raya yg ke dua baraan kaum lelaki akn dilaksanakan.. baraan adlh bhs yg biasa digunakan oleh org kg mcm aku menyebutnye.. istilah standard mmbawa maksud kunjung-mengunjungi rumah jiran sambil berselawat nabi.. nk lebih spesifik sila rujuk kamus dewan.. kamus aku sape ntah pinjam tp tak pulang2.. haha kira halal...

aktiviti yg sudah menjadi rutin tahunan setiap kali syawal menjelang adlh warisan atuk nenek yg masih dikekalkn dn dilaksanakn oleh kaum bapa dn ank muda masa kini.. utk kg aku, baraan terbahagi kpd 2.. pertama baraan lelaki (kaum bapa dn ank muda) hr raya ke2.. yg ke dua, baraan perempuan (kaum ibu dn ank gadis) hr raya ke3.. pewweeett.. hehe sory sempat plak...

time ni lah seronok sbb sume mmber2 kg dpt berkumpul dn melaksanakn aktiviti baraan bersama2 dr rumah ke rumah.. mukin warga kota agk cemburu dgn aktiviti ini.. bersyukurlah wahai warga kota yg masih mempunyai kg halaman.. beginilah hakikat duduk di kg yg serba indah.. bebas dr hiruk pikuk kota yg bole menyesakkan nafas.. haaaaa semmmppuuuut...

alhamdulillah ramai juga warga kota yg balik ke kg halaman utk bersama2 menyertai aktiviti baraan kali ini.. tahniah kpd anda semua.. aku sbgi mmber tabik hormat arr dgn korg.. walaupon hidup serba moden di kota yg menawan, namun kg halaman tdk dilupakn.. syabaaaasss kawan...

berikut adlh gmbo yg sempat aku amik sempena baraan lelaki pd hr ini...

aktiviti baraan setahun skali yg dilaksanakan begitu meriah hasil gabungan di antara kaum bapa, barisan pemuda kg dn remaja...


dr kiri: wak kasmuri, daia, abg kastam dn jururawat terlampao...


anak muda warga kota yg turut sama turun padang utk menyertai baraan...


baraan yg akn cuba dikekalkn hingga ke generasi akn dtg.. walaupon FB menguasai trend maklumat dn informasi masa kini...


keramahan dn senda gurau yg menjadi tunjang utama permuafakatan serta silaturrahim antara jiran tetangga...


pasukan kuning menjadi pemenang bg katagori tema baju raya kali ini.. warna KUNING mendominasi rombongan baraan 2011...


best friend 4ever...


anak muda dn remaja yg bakal menjadi peneraju utama bg meneruskan tradisi baraan...


kat umh abg joe.. sempat kami mmbedal selatah rebus cicah ngan sambal meletop.. wakakaka... *wak kasmuri (bj pink) nk posing je keje dia.. haha...


hasil duet yg menemukan Hang Tuah dn Hang Jebat.. akhirnye Tuah tewas separuh jalan krn masalah cirit birit...


puyoh goreng.. menu hidangan istimewa di rumah hj anuar dn hj khalid...


hj khalid sdg mmbakar otak2...


akhirnya misi menjejaki puyoh yg hilang dpt dikesan.. gmbr di ats: predator yg berjaya ditangkap gmbrnye.. tanjat boboy.. wakakakaka...


ni lah abg sam.. bila aku tgok muka dia secara automatik aku terus teringat kat arwah ayhnye.. teringat zmn sekolah aku dulu slalu gurau ngan arwah ayh dia kat surau.. abg sam n family dh aku anggap seperti keluarga sendiri.. bila agknye aku dpt g umh dia kat pahang.. mudh2han selagi ade hayat insyaallah smpai...


kesian bdk kecik ni smpi tertido.. hehe.. sory abg joe...


slmt hr raya kami ucpkan kpd umat islam di seluruh dunia.. ikhlas dr kami yg berada di perantauan.. hehe.. dr kiri: daia, oom & ckgu usop... University of TOKYO Japan...


sekian, wassalam...

Selasa, 30 Ogos 2011

satu hari di hari raya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hr pertama syawal.. penaaaattt.. tp syokkk sbb dpt jupe sepupu sepapat yg jaoh dn dkt.. dh beso sepupu2 aku.. siap ade yg nk mengatasi saham aku.. haha... 

mmandangkn sume dh beso.. alhamdulillah selamat duit raya aku.. hehe.. perhatian kpd sepupu sepapat: hanya 12thn ke bawah layak dpt duit raye.. raya kali ni spt raye2 thn lps jugk memang meriah sbb aku mmpunyai keluarga yg besar sblh mak n bpk aku...

sampai tak sedar rupenye ade ank murid yg slalu aku ajar kat sekolah dn aku follow dr thn 3 smpi thn 5 rupenye sedara sendiri.. ya allah.. tanjat boboy.. hehe.. rezeki ank murid sbb sedare, ckgu up dpt duit raye kaler merah...

berikut adalah pic yg aku snap sendrik.. mmg ade sikit poyo... kalo nk letak bawah bantal pastikn framekn dulu ye pic nih hahaha...

slmt hr raya aidilfitri maap zahir dn batin...

mereng nk menanges pon ade sbb duit raya RM2 dh abis cpt tul laku... hahaha.. takpe stok kat umh ade lg...

dh kurus kn.. hahahaha.. mmg poyo...


tarikh: 30 Ogos 2011 / 01Syawal1432...
ucpn: slmt hr raya aidilfitri maap zahir dn batin kpd muslimin dn muslimat...
baju: baju raya thn ni tak siap jadik aku bedal mana yg ade...
brand: CLA UNIQUE COLLECTION
songkok: 5 inci beb...


sekian, wassalam...

Isnin, 29 Ogos 2011

Keajaiban Jantung...

JANTUNG adalah organ terpenting di dalam tubuh manusia. Ia mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke semua sel dalam badan. Denyutan pertama jantung bermula seawal empat minggu dalam kandungan dan hanya berhenti apabila manusia mati.


Bermula daripada satu sel yang membiak selepas persenyawaan, sebuah organ jantung adalah satu rangkaian otot khas (myocardium) yang disaluti lapisan tisu dinamakan pericardium. Di dalam jantung mengandungi empat kaviti (chamber) yang dipisahkan oleh injap supaya darah mengalir searah saja.

Secara purata, jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit, menjadikan lebih 100,000 kali sehari dan 36 juta kali setahun. Jika seseorang itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali.

Jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit. Dalam sehari, ini membabitkan perjalanan 7,570 liter darah sejauh 96,560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.

Kerja ini disempurnakan dengan baik oleh satu organ yang hanya sebesar satu genggam tangan dan berat 0.3 kilogram (kg). Allah menciptakan satu organ yang relatifnya kecil tetapi fungsinya meliputi seluruh badan manusia dan tanpanya manusia tidak boleh hidup.

Semua sel memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup, termasuk otot jantung. Maka, arteri koronari membekalkan darah kepada otot jantung supaya ia dapat meneruskan kerja mengepam darah ke seluruh badan.

Jika satu struktur di dalam jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, ia menyebabkan satu penyakit yang mempunyai simptom tertentu. Jadi secara amnya, penyakit jantung boleh berpunca daripada masalah:


•Otot (myocardium) seperti jantung bengkak atau tebal

•Lapisan jantung (pericardium) seperti perikarditis

•Injap jantung seperti injap sempit atau bocor

•Salur darah koronari – pembentukan plak aterosklerosis yang boleh menyebabkan serangan jantung

•Struktur lain di dalam jantung – seperti jantung berlubang

•Elektrikal yang membabitkan denyutan jantung


Penyakit salur darah koronari dibincangkan dalam artikel sebelum ini, jadi saya akan cuba mengupas penyakit lain. Ilmu perubatan dinamakan ilmu perubatan moden sekarang ini berpandukan kepada kajian teliti yang dijalankan ke atas organ jantung seperti mana ia dicipta Allah.

Ilmu ini sebenarnya diasaskan oleh pakar perubatan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu. Malangnya selepas kejatuhan zaman itu, segala tamadun dan ilmu ini diceduk oleh sarjana Eropah.

Ini yang menyebabkan kekeliruan pada masyarakat sekarang ini iaitu ilmu perubatan moden dianggap berasal dari Barat dan tidak Islamik.

Banyak perubatan alternatif mengambil peluang daripada kekeliruan ini untuk menjaja sebagai perubatan Islam, sedangkan mereka bukan ahli di dalam ilmu perubatan.

Hakikatnya, ilmu perubatan moden ini ialah ilmu perubatan berasas kepada Islam yang mengkaji tubuh badan manusia seperti yang diciptakan Allah. Ilmu yang boleh membawa pengkajinya lebih dekat dengan Allah kerana menyedari betapa hebat dan sempurna ciptaan-Nya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/