I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 21 November 2012

Tahniah! 2Orang 5A...

Assalamualaikum..
Lama jugak aku tak menulis kat blog ni.. Harap semua sihat.. Dengan keputusan yg telah diumumkan pada hari Isnin 19 November 2012 maka berakhirlah debaran menunggu keputusan UPSR 2012.. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah krn SK Koris berjaya menghasilkan 2Orang murid yg mendapat keputusan 5A.. Tahniah Alia Iman dan Siti Aisyah.. 4A 1B Ridhwan, Faezuan, Hidir Hatta, Hayat, Athirah dan Fitriyah M. Amin..

Kepada ank2 murid cikgu yg lain cikgu ucapkan tahniah juga.. jangan putus asa teruskan usaha dan jgn pernah kenal erti jemu.. Sebagai umat Islam kita kena percaya bahawa rezeki datangnya daripada Allah.. Jadikan ini sebagai satu titik permulaan utk awk semua mengejar cita2 dgn lebih berjaya lagi di masa hadapan.. Usaha dan terus berusaha serta tawakal..

Berikut adalah peratusan bagi setiap mata pelajaran yg diperolehi drpd calon2 UPSR 2012.. BM Pemahaman 98% Terima kasih cikgu saroyah, BM Penulisan 94% Terima kasih cikgu kharol, BI 66% Terima kasih cikgu fatimah, Matematik 94% Terima kasih cikgu salwa, cikgu zila dan cikgu rohani dan Sains 96%.. Terima kasih kpd semua guru2 sk koris..

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yg sudi menghadirkan diri bersama ank masing2 utk mengambil slip keputusan.. Kepada ibu bapa yg tak sempat pergi ke sekolah bolehlah melayari laman web berikut http://saps.moe.gov.my sila dapatkan slip dan boleh terus print..

Berikut antara gambo yg sempat aku amik..

Alia Iman Bt Zakariah 5A..
comel je alia pakai baju sekola agama.. hehe..

 Siti Aisyah Bt Zainal Abidin 5A...
sepintas kilat maklumlah nk cepat g daftar kat seri puteri..
insyaallah amin..

 Macam kat klinik je hehehe.. barisan calon UPSR 2012 dan ibu2...
kiut je ank murid pakai baju sekola agama..

 Mengumumkan ketibaan Zulkifli hahaha...

2Org sahabat karib yg mendapat keputusan seri 4A 1B..
Ridhwan dn Faezuan..


Sekian, Wassalam...


Ahad, 1 Julai 2012

Kelas Tambahan Malam (SAINS) 2012...

Assalamualaikum dn slmt sejahtera...

Menghitung hr dn semakin dekat masanye akan tiba jugak.. UPSR 2012 hanya tinggal beberapa hr lg.. apepon usaha perlu dilakukan demi memenuhi permintaan GB yg pd aku sangat tgi pd tahun ini dgn mensasarkan 20 org mendapat 5A.. pelbagai usaha dilakukan bg mencapai sasaran tersebut antaranya aku buat kelas tambahan malam khas utk mata pelajaran sains...

Alhamdulillah dgn kerjasama dn sokongan dr ibu bapa serta murid2 sememangnya membuatkn aku sentiasa bersemangat dn akan terus cuba sedaya upaya semaksimum mungkin utk mengerah tenaga dn kudrat yg ada utk membantu memenuhi permintaan GB.. kehadiran murid2 yg mmg tdk mengecewakan adalah kunci utama buat aku sentiasa bersemangat utk terus menabur bakti kpd mereka...

Kelas tambahan malam ni telah dilaksanakan sejak bulan Februari lg iaitu setiap selasa mlm rabu dn jumaat mlm sabtu kol 8.00 hingga 10.00 malam.. melibatkan murid2 kelas 6Jaya dn 6Usaha 2012.. yg aku bangga dgn ank2 murid ni bukan saja calon UPSR yg hadir, malahan calon2 PMR juga turut hadir.. terima kasih krn sudi meluangkan masa utk sama2 memeriahkan setiap kelas tambahan malam yg ckgu buat.. tahniah ckgu ucpkn...

Kat bwh ni antara gmbo calon2 UPSR dn PMR 2012 yg hadir ke kelas tambahan malam...

sesi jwb soalan secara terbuka.. boleh rujuk buku..

barisan murid pempuan..
tahniah auni dr kelas 5Jaya juga turut sama2 dtg kelas tmbhn...

semoga berjaya kpd semua ank2 murid ckgu...

yg kat dpn tudung hitam ni sofea nadia nur aein...

terima kasih krn sudi hadir ke kelas tmbhn mlm ckgu..
calon2 PMR 2012 & 2013...

mereka adalah sumber kekuatan utk aku terus berada dlm bidang perguruan yg serba mencabar dn penoh dugaan...



sekian, wassalam...



Isnin, 18 Jun 2012

Majlis Kesyukuran...

Assalamualaikum...
Lama aku tak update blog.. Pada 16 Jun 2012 (Sabtu) satu majlis kesyukuran diadakan khas buat Muhammad Adam Harith dn Muhammad Danish.. Majlis 2 dlm 1 Majlis Akikah utk Adam dn Majlis Berkhatan utk Danish.. 4hr persiapan yg dibuat pd aku satu tempoh yg sangat singkat.. tp alhamdulillah semuanya dpt dilaksanakan sepertimana yg dirancang.. terima kasih kpd semua tetamu yg sudi hadir...

Berikut adalah antara gmbo2 yg sempat aku snap..

Pelamin yg direka khas oleh adik aku...

Muhammad Adam Harith...

Muhammad Danish...

Jiran2 yg turut serta rewang kat umh...

ckgu usop dn cik isa...

mkn dlm dulang.. syokkk wooo...

ketua chef yg terlibat menyiapkan hidangan di dapur...
menu: nasik baryani+daging kambing masak baryani+daging lembu masak baryani+daging ayam masak merah+pacri nenas dn pencuk.. terima kasih en fadil dn rakan2...

petang: kumpulan yasin wanita...

ahli yasin wanita sdg menikmati juadah yg telah disediakan...

radas yg wajib disediakan di ats meja bulat...

malam: selepas membaca berzanji dn doa.. masa utk mkn...
terima kasih kpd tetamu yg hadir...

ckgu wahid: GB SK Seri Molek...

REWANG
barisan peserta yg sdg menjalani Latihan Amali BM Penulisan..
Tema: Gotong-Royong...

muaz rafaliQ


sekian, wassalam...